Sunday, April 24, 2011

Kalau Sakit?

Assalamualaikum buat semua pembaca blog!! XD

Hari ni just random updates dan hari ni juga tiqa hanya berehat - rehat sahaja. Kenapa? Kerana kaki ku ini sakit. Tu la tak berhati - hati lagi. Syok berkawad..kne denda ketuk ketampi..terlanggar cyeera, eh cyeera yang terlanggar ke..entah la, yang tau - tau je dah sakit, assume terseliuh. Masa tu agak sakit, tapi sekejap je..hilang la pulak sakitnya. Ape lagi, sambung je la berkawad. 

Bila balik rumah,ohohoh..memang la sakit sangat- sangat. Jalan pun senget - senget. Kelakar pun ada jugak. Nenek pulak tak de kat rumah...NAK NENEK!! Macam budak - budak kecik je tiqa ni. Aishh. Tapi sebenarnye la kan, kami adik - beradik kat rumah ni, kalau SAKIT mesti pergi dekat nenek dulu. Ada la sekali tu, saya sakit perut malam - malam buta, selalunya orang pegi kejut mak, tapi tiqa pegi kejut nenek. 
agak cun kaki ni~~ ahaha..dari en. google

Memang dari kecik kita orang macam tu. Apa - apa sikit nenek. So, bila tak de nenek ni..urut la sendiri kaki anda cik tiqah oi! Jadi, bersyukur la kita, walaupun sakit tekak ke, sakit kaki ke kerana Allah ingin menguji tahap kesabaran hambanya.

p/s: Harap cepat sembuh..2 hari lagi pertandingan kawad. OMG!

Saturday, April 23, 2011

Qalbun Salim


Sabda Rasulullah SAW: Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah.
"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi Allah memandang hati dan amal kamu". 
Bagaimana hendak membentuk hati yang sejahtera? Semoga Allah memberi kita kelapangan masa dan peluang bagi mempelajari ilmu berkaitan hati. Muhasabahlah diri kita, jangan memandang hina kepada sesiapa pun walau kepada manusia yang berperangai buruk sekalipun.
Lately ni, tiqah rasa diri sendiri perlukan motivasi dan kekuatan. Jadi inisiatif yang tiqa buat ialah dengan membaca bahan artikel dari blog - blog yang yang menulis kata - kata semangat dan sangat - sangat la menyedarkan diri sendiri betapa lemahnya diri ini. 
Barulah tersedar yang hati ini perlu sentiasa dijaga dan dirawat. Sungguh, ia perlu agar mendapat hati yang sejahtera (qalbun salim). Hati kita menunjukkan sifat diri kita. Bila terluka hati ini, maka sedih la pemilik tubuh itu dan jika sejahtera hati ini, maka perasaan gembira akan terpancar dari wajahnya sendiri.
Tiqah akui yang kadang - kadang, tiqah cuba untuk menjaga hati orang lain supaya hatinya tidak terluka tapi pada masa yang sama hati sendiri sudah penat. Perlu kembali pada yang asas iaitu SABAR.
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." - Surah Al-Baqarah, 286
Dan kita juga perlu luahkan perasaan kita agar kita merasa lega. Jangan dipendam,jangan disimpan. Rasanya sangat la sakit. Ya, sakit. Tanpa kita sedar, kita juga membuatkan hati orang lain terluka. Walaupun kita tidak berniat untuk melakukan seperti itu tetapi kita telah membuat seperti itu.
Hati kita akan keliru apabila kita tidak mengurusnya dengan baik. Merasa susah hati. Sebagai seorang muslim kita hendaklah berdoa memohon bantuan kepada yang Allah SWT, sesungguhNya Dialah yang Maha Esa. Insyaallah, hati ini pasti akan tenang, lebih - lebih lagi jika ditambah dengan bacaan zikir.
Alhamdulillah, hati tiqah merasa tenang dah juga hari ini, tiqah dah dengar sendiri luahan hatinya. Sangat ditunggu - tunggu luahan ini agar dapat memahami dan mengerti sahabat ini. Terima kasih atas peluang itu dan juga kesudian berkongsi bersama kami. Semoga hatinya lebih cekal untuk menghadapi ujian Allah!

p/s : The Poet, try bukak dan baca blog ni, memberikan inspirasi dan kekuatan melalui penulisannya. Suka dengan blog ni! :)

Wednesday, April 6, 2011

K.A.W.A.N

Salam!

Huh..tarik nafas panjang-panjang dan lepaskan. Alhamdulillah, kita masih lagi diberi kesempatan merasai nikmat Tuhan. Bersyukur la kita pada-Nya. 

Saya tak pernah rasa yang saya keseorangan bila kawan menjadi teman yang terbaik saat diri berasa kecewa,sedih, dan hampa.
bila kawan bersama kita. :)


Kadang - kadang, bila kami bergembira dan berseronok, 

tak sedar yang dah lama rupanya kami ni berkawan.

Bila sehari tak jumpa, macam - macam nak diceritakan, walaupun setakat nak cerita hal kecik je.

Kami selalu kongsi perasaan dan hati kami

Dan kerana kawan - kawan la hidup saya berwarna - warni dan mampu tersenyum gembira!

nad,missy,cyeera,dila,ain,bear,