Thursday, March 24, 2011

Coretan Timbalan 1

Tadi tiqah 'study tentang pengawas'..sedap nama tu..hahah. Tiqah perlu kemas kini kan pengurusan pengawas kepada yang lebih bersistematik. Kerja Timbalan Pengawas 1,membantu ketuanya menerajui Badan Lembaga Pengawas Sekolah. PENAT? ke TENAT? Tipu la kalau tidak rasa penat dan tenat. Tapi bagi tiqah itulah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, satu amanah yang perlu dijalankan. Kalau niat kita betul dan ikhlas menjalankan tugasan, insyaallah, dipermudahkan baginya untuk bekerja. Pada pendapat tiqah, dalam kamus hidup seorang pemimpin tidak ada istilah penat, penat untuk memimpin, penat untuk berusaha, penat untuk menjadi yang terbaik kerana apa? Kerana pemimpin merupakan insan yang terbaik, mampu untuk memimpin orang lain..bukan semua orang boleh melakukannya. Untuk saya, kawan-kawan merupakan supporter yang terbaik..we are like a family! Walau terasa penat macam mana pun, akan terasa hilang penat bila dengar kata-kata semangat daripada diorang..rasa dihargai bila mereka ambil berat pasal saya. ;D

p/s : i love my blue's family. 

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home