Thursday, June 2, 2011

Cuti itu seronok.

Hye semua! Semangat ni cik tiqa nak tulis entry. Dalam musim cuti sekolah kata kan. Akhirnya, KITA dalam musim CUTI SEKOLAH!! Lama dah menunggu saat - saat ni. Ayat skema.

Yahoo! mr. google
Actually orang yang bekerja keras waktu sekolah memang la menghargai cuti. Bukan senang nak dapat cuti. Ye la kan, kadang - kadang sabtu dan ahad pun kena datang sekolah. Haha..tu dah masuk bab tanggungjawab. ><

Ok, before cerita pasal cuti - cuti ni, mid- term exam dah pun habis! Suka la sangat..tengok result nanti mau boleh pengsan kot? Study pon ala-ala koboi. Nak cover pelajaran tingkatan 4 dengan tingkatan 5 yang dah belajar dalam satu malam..memang la HEBAT! Tapi tu la tabiat pelajar yang tidak boleh di nafikan. Serius tiqa cakap, untuk trial nanti..saya tak mau dah buat perkara - perkara ni lagi. Boleh dikatakan m.e.n.y.e.s.a.l.
Dan untuk pertama kalinya, saya tak datang peperiksaan! Haha. Al-kisahnya..bukannya ada apa-apa pun, cuma tersalah makan dan sakit la perutnya. Nasib baik cikgu Mun bagi buat kertas sejarah hari lain. Terima kasih ye!

Sebelum cuti juga, tiqa dengan berbesar hati la menjadi fasilitator untuk kem uniform sekolah. I'm enjoyed in my way with the other friends. Thanks for the memories even I am not joining the kayaking. At least, I am happy to see u guys happy! Seriously. Begitu juga dapat jadi first aider untuk Perkemahan PKBM Negeri. Pengalaman baru, dapat naik land rover askar (agak teruja), bergaul dengan pengawai askar, mengenal cara askar bertugas. Baru faham macam mana perasaan mereka, bila kita tengok askar dari jauh..selalunya kalau nampak askar dekat tepi jalan, mesti la nak tengok. Jadi, saya dah ada pengalaman tu apabila duduk dengan askar di tepi jalan sambil menunggu panggilan kecemasan dan orang di jalan raya tu asyik tengok kita. Sebenarnya, bukan ada apa - apa pun. Banyak cerita yang menarik daripada mereka..bak kata mereka, askar pun ada taman dalam hati tapi taman lalang. 

Dah jauh dari tajuk entry..huhuh. Baru sahaja cuti dalam minggu yang pertama tapi sudah hari khamis. Cepatnya. Aish..ada seminggu lagi. Kena struggle siapkan bekalan yang diberi oleh guru - guru tercinta! Fail kuning yang penuh isinya LATIH TUBI. Adat orang ambik peperiksaan kan? Lebih baik susah dahulu, supaya boleh la bersenang - lenang tahap 6 nanti.



Cuti ini saya mahu buat perkara yang agak mustahil nak buat bila waktu sekolah. Antaranya la kan, tengok movie yang ayahanda beli. Kalau rumah dah ada sony home theater..kira layan habis. Marathon drama korea..haha. Jangan dilupakan juga, kena bantu nenda tercinta kemas rumah. Last but not least, of course shopping!!  :) Kalau begitu ke Parkson Melaka la boleh membeli-belah dan juga balik kampung. Boleh jumpa dengan Mr. Johnny..geram!

Selamat bercuti semua..manfaatkan apa yang kita ada dengan sebaiknya!

p/s: dalam minggu ni, entah keberapa kali la, tiqa terpaksa kena tengok kung fu panda dengan dina. =,=

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home