Wednesday, May 11, 2011

Tragedi Peperiksaan

Salam buat semua.

Masa pantas berlalu, sekarang kita sudah pun memasuki bulan Mei. Oh ya, bulan MEI sudah cik tiqa! Kamu jangan nak bersenang - lenang lagi. Saya bukan sesuka hati nak bersuka - suki tapi kadang - kadang bila banyak kerja yang perlu dilakukan, membuatkan diri ini menjadi PEMALAS seketika. Yelah tu..alasan je lebih! Menyesal nanti tanggung la sendiri - luahan hati saya. =='

Haha..minggu ni telah pun bermula Peperiksaan Pertengahan Tahun. Baru minggu yang pertama, ada lagi 2 minggu lagi..terseksa jiwa dan raga. Tiqa, kamu perlu BERSEMANGAT! 

jangan menyerah kalah!
Hari ini, saya balik awal dari kebiasaan sebab saya tidak ada mood nak duduk lama-lama di sekolah dan rasanya sepanjang persekolahan ni, tiqa pun tak ingat berapa kali tiqa dapat balik ke rumah seawal yang mungkin. Ada peluang dapat balik awal, jangan la pegi merayau - rayau, buat kerja yang merepek - repek sebab anda yang boleh balik awal ni sangat la bertuah. Boleh berehat lama sikit, siapkan kerja rumah awal, malam - malam boleh tidur cepat. 

Semalam, pasukan kawad kaki BSMM SEMEKAP diraikan kemenangannya sebagai johan Pertandingan Kawad Kaki NGO Peringkat Daerah Hulu Selangor di KFC, Batang Kali. Jurulatih dah janji kan, kena la ditunaikan janjinya. Majlis berjalan meriah dan kami semua dapat pelbagai berita gembira yang telah disampaikan oleh Tuan Hanafiah. Antaranya la kan, kalau dapat jadi johan peringkat negeri, satu pasukan dan guru penasihat di taja semua pembelanjaan ke Lumut. Wow, waktu dengar tu memang la teruja tahap dewa lebih - lebih lagi budak-budak junior. Mereka memang semangat! Jadi, kalau mahu pergi, kena berusaha berlipat kali ganda untuk menjadi yang terbaik. Tiqa masih lagi ingat, tuan pernah kata, 99% daripada kamu semua dan 1% daripada saya, pasukan kita boleh menang. Alhamdulillah, kami berjaya!

senior kawad bersama jurulatih

Terakhir sekali, bulan ini akan adanya Hari Guru. Jadi, krew - krew Lembaga Pengawas telah membuat persiapan bagi majlis ini. Saya, sebagai timbalan pengarah projek berharap..ayat skema gila. Harap - harap tahun terakhir kami ini, kami dapat berikan yang terbaik buat guru - guru disekolah kami. Marilah kita meraikan 16 Mei ini dengan penuh kesejahteraan dan kegembiraan. 

Buat semua warga pendidik!
p/s : Bos, skrip ucapan kita buat nanti - nanti la~~ 8D