Aish..agak rindu dengan dia, Kalau boleh nak saja pegi ke tempat itu. Bila tengok video di youtube memang lagi la bertambah rindunya.
Haha..saya agak rindu dengan KOREA! Kenangan manis seumur hidup rasanya. Kalau boleh memang la nak sangat-sangat sekali lagi ke sana tapi dengan tujuan bercuti-cuti pula!^^
Kan tiqa ada cakap nak marathon tengok drama Korea pada post sebelum ini, jadi petang tadi tengok la drama BOF. Saja-saja tengok lagi. Bila part scene drama tu dekat kawasan jalan raya, macam perasan je pernah lalu kat situ..muahaha. Dan terkenang la saya kepada suasana di Korea.
Gila best tau! Over excited. T_T
Kira untung juga, walaupun tak dapat jalan-jalan semua tempat dekat Seoul, dapat la tengok beberepa tempat yang menarik di sana.Selalunya, waktu makan malam yang kami dapat jalan-jalan melihat kehidupan orang-orang Korea di sekitar hotel, sebab masa free tu lebih sikit. Cara mereka yang memang moden dan kalau kamu semua nak tahu, dari pandangan saya la kan, mereka lebih suka makan di luar. Satu deret kedai, boleh dikatakan 6 dari 10 kedai ialah kedai makan. Cerita pasal bab makan ni, kedai yang kami selalu kunjungi untuk makan ialah kedai kebab orang pakistan @ Mr. Kebab. Serius tiqa cakap, hari pertama dan kedua macam ok lagi nak makan kebab tapi masuk hari ketiga macam dah tak larat nak telan. Jadi, tukar la kepada pillaf. Teringin pula nak makan pillaf! Makanan Korea yang rasanya terpaksa kami makan sebab volunteer tu dah bawak kami ke kedai makanan vegetarian, jadi apakan daya, merasa juga makan makanan tradisional mereka!
|
Pillaf |
Habis cerita pasal bab makan, owh, saya belum cerita mengenai cik Wan Nadiah! Rindu juga dengan dia. Kawan satu-satunya dari Malaysia. Kalau perasan, nama dia hampir sama sebutan dengan Nadzirah a.k.a Nanad. Kawan baik merangkap macam keluarga sudah. Haha. Apa yang tiqa boleh cerita, Nadiah ni lifestyle memang hampir sama lah dengan tiqa. Persamaannya, kita orang pengawas, sama tingkatan 5, dan paling penting kita orang memang sibuk memanjang dengan kerja-kerja sekolah. Bila berbual dengan dia, rasa macam ada juga orang yang faham perasaan saya ni..T_T Kira selama hampir 2 minggu dekat Korea, dia la tempat bergurau senda, makan sama, susah senang pun sama-sama juga. Tanpa Nik, Nanad, Misbah, Hafeez, ataupun Cyeera. Dan Nadiah yang jaga tiqa waktu tiqa demam dekat sana. Nasib baik sehari saja. Sayang la dekat awak
Rasanya, tak payah la tiqa nak cerita lebih-lebih pasal kisah-kisah ke Korea ni, macam dah lama sangat baru nak cerita. LOL.
Cuma tetiba pula rindu. Memang syok tapi bila fikir kena duduk dalam flight 6 jam..ooohh patah semangat. Bukan apa, penat menunggu bila mahu SAMPAI ni! Orang yang selalu naik flight, travel jauh-jauh rasa biasa je la kot. Part paling best, bila tiqa dengan nadiah dah macam homesick mahu balik je ke tanah air tercinta, lepas tu bila cakap dengan nadiah, 'Kalau nak balik kita kena naik flight 6 jam kemudian baru sampai', waktu tu dia tergelak habis sebab dia terlupa nak balik kena juga bersusah - susah dahulu. Rasanya memang nak tergelak bila teringat pasal tu.
Ok la, di sini sahaja coretan untuk kali ini. Kalau pernah ke Korea atau akan ke sana,jangan lupa share cerita dengan saya. Seronok kot dapat berbual-bual dengan orang yang pernah pergi ke sana. Kongsi pengalaman katakan.
p/s: semalam dapat makan bubur jagung mak mertua bagi, sedap! :P